BONGKAR BUKU
SIRI: #2
TAJUK: SEJARAH KHALIFAH RASULULLAH (AL-KHULAFA’ AR-RASYIDUN:A’MAL WA
AHDAS)
PENULIS: PROF. DR. AMIN QUDAH (terj OLEH PROF DR ZULKIFLI MOHD YUSOFF)
PENERBIT: PTS ISLAMIKA
RUMUSAN:
Walaupun tajuk buku ini sedikit mengelirukan namun isinya
lansung tidak diragui. Integriti hujah sangat baik memandangkan rujukan-rujukan
yang digunakan juga merupakan rujukan-rujukan yang kuat dalam membahaskan
perihal sirah ini. Terdapat banyak buku yang membincangkan tentang peristiwa
sirah kenabian dan para sahabat di pasaran. Walaupun tidak banyak percanggahan
tapi tetap juga kita mesti berhati-hati dalam mengambil sebarang iktibar
darinya sebab ada diantara kisah sirah ini mempunyai nilai hukum yang dituntut.
Buku ini sememangnya perlu dihayati oleh setiap
kaum muslim bagi mendapatkan idea tentang pemerintahan dan pemerintah islam.
Isi buku ini tidak boleh dilihat hanya pada sudut ilmiah sahaja tapi juga sudut
hukum yang menuntut kita untuk melaksanakannya. Namun begitu saya tidaklah mahu
menghurai lebih kepada aspek tersebut.
Segala pengorbanan dan sumbangan para khulafa
ar-rasyidin sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Hanya yang tinggal adalah
bagaimana kita hendak menghayati dan menterjemahkannya ke dalam realiti kita
sekarang. Secara jujur saya mengatakan buku ini mampu memberikan elemen emosi
dan penghayatan tersebut. Penggunaan bahasa yang tidak terlalu sukar untuk
difahami menjadikannya lebih menarik.
KOMEN:
Jika penulis
menambahkan sedikit hala tuju buku ini bagi saya lebih memberi kesan. Buat masa
ni pembaca hanya akan sekadar membaca dan melihat isinya sebagai ulasan sejarah
semata-mata. Hala tujunya jika difokuskan dalam membangkitkan umat atau
sebagainya mungkin dapat memberi kesan yang lebi positif kepada pembaca dan
masyarakat amnya.
Pilihan tajuk
juga mungkin boleh diperbaiki kerana sedikit mengelirukan. Keliru samada ingin
menceritakan tantang rasulullah sebagai khalifah (sedangkan baginda saw adalah
nabi) atau pun hendak menceritakan tentang manusia sebagai khalifah yang mesti
mengikut cara rasulullah saw. Tapi pengisiannya baik.
RATING:
Buku ini saya
letakkan dalam kategori buku ilmiah yang perlu ada disetiap rumah sebagai
sumber rujukan setiap orang dan bagi saya sangat baik sebagai bacaan wajib
setiap orang.


No comments:
Post a Comment